Power! Farah Ahmad Dedah Tak Pernah Ambil Gaji Anak Bila Berlakon, Siap Bagi Duit Saku Pula

Pelakon, Farah Ahmad mendedahkan sesuatu yang jarang kita dengar dari dunia selebriti: dia tidak pernah mengambil bayaran daripada anak-anaknya setiap kali mereka terlibat dengan mana-mana projek lakonan. Lebih-lebih lagi daripada aktres, Mhia Firdaus.
Menurut Farah, dia menganggap duit itu adalah hasil titik peluh anak-anaknya sendiri. Jadi, dia tak naklah masuk campur hal kewangan diorang. “Setakat ini, kalau tanya gaji dia, saya tak pernah ambil bayaran kalau dia pergi shooting. Dia beli barang atau bayar pengajian tetapi saya tetap beri duit perbelanjaan. Duit mereka duit mereka,” katanya.
Farah berkongsi, masa anak-anak masih di bangku sekolah, dia ada jugalah masuk campur urusan duit. Tapi menariknya, Mhia sendiri yang suruh dia pegang dan masukkan duit dalam akaun. Akaun tu pun Mhia boleh akses, sebab katanya Mhia tahu kelemahan diri sendiri. Kalau Mhia nak duit, Farah beri sahaja.
Memang tabik springlah dengan prinsip Farah ni. Dia tak pernah minta duit anaknya dan kalau boleh mahu mencari sendiri, kerana anak-anaknya tahu susah senang dan perjuangan dia. Fuh, memang powerlah ibu macam ni!
Mereka sekeluarga taklah berangan nak bina banglo tujuh tingkat, cukuplah dengan apa yang ada dan apa yang diperlukan. Kalau ada rezeki lebih, alhamdulillah. Farah menegaskan dia tak pernah meminta anak belanja, tapi kalau anak nak belanja, dipersilakan saja.
Dalam kesibukan anak-anak berlakon, Farah turut bersyukur sebab diorang tak pernah abaikan pelajaran. Anak-anaknya tak pernah ponteng sekolah semata-mata nak berlakon. Bagi Farah, pendidikan tetap yang utama dan tugas dia adalah untuk bantu serta beri sokongan penuh.
Salah satu projek lakonan anak beliau adalah filem “SAYANG SAYANG”. Filem yang mengisahkan tiga anak muda pekak dan bisu mencari identiti ini sudah pun ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober 2026 sebelum menemui penonton di pawagam Malaysia bermula 5 November 2026. Siapa yang dah tengok?
