MAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Evertts Gomes Teruja Teori KUDRAT 1968 Berlegar Kat Threads, Siap Minta Fans Bersabar!

via Instagram @evertts_gomes

Pelakon Evertts Gomes baru-baru ini berkongsi rasa terujanya terhadap pelbagai teori yang dikongsikan peminat di platform Threads mengenai filem KUDRAT 1968: High Council. Bagi Evertts, teori-teori ni bukan saja hidupkan perbualan pasal jalan cerita, malah berpotensi tarik minat orang lain yang sebelum ni tak ikut siri tu.

“Benda-benda teori yang saya nampak dekat Threads itu sangat-sangat menarik. Saya rasa benda itu sendiri akan menjadi pemasaran kepada cerita kita sebenarnya,” kata Evertts. Dia menambah, bila ramai peminat buat teori macam tu, kawan-kawan mereka yang mungkin bukan peminat High Council Project pun akan tertarik nak tahu.

Tapi, jangan haraplah Evertts nak sahkan atau nafikan mana-mana teori yang tengah viral tu. Sebagai individu yang terlibat dalam siri ni, dia tak boleh bagi apa-apa pengesahan. “Sebagai seseorang yang ada dalam cerita itu sendiri, saya tak boleh setuju dan saya tak boleh tak setuju juga dengan apa-apa yang ada dekat luar sana,” jelasnya.

Evertts cuma boleh minta peminat supaya bersabar dan tunggu saja semua persoalan terjawab melalui jalan cerita sebenar filem tu.

Untuk info korang, kehangatan filem KUDRAT 1968: High Council memang tak main-main bila tiket untuk Malam Manifesto Kudrat dah 'licin' dalam masa kurang satu jam. Bukan tu je, tiket akses untuk Karpet Merah Malam Manifesto Kudrat pun habis terjual dalam masa 40 minit je! Untuk pengalaman karpet merah ni, peminat boleh tengok barisan pelakon KUDRAT 1968: High Council dengan harga RM50 untuk dua orang, tapi akses ke tayangan filem tak termasuklah.

KUDRAT 1968 ni adalah prekuel kepada dunia High Council, yang bawak penonton menyelami permulaan sistem hierarki rahsia pelajar, jadi titik awal kepada kisah Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.

Filem KUDRAT 1968: High Council akan mula tayang di pawagam pada 29 Oktober ini. Jadi, teori siapa yang bakal terbukti tepat agaknya?

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video