Drama 'Tertulis Kita Sampai Syurga' Dah Mula Tayang, Korang Dah Ready Nak Baling Bantal?

Drama bersiri yang diadaptasi dari novel karya Aalin Amily, 'Tertulis Kita Sampai Syurga' dah pun menemui penonton bermula 9 November lalu. Drama 28 episod ni dah sah-sah akan buat kita semua terpaku depan TV atau strim melalui tonton setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3.
Memang tak sah drama Melayu tanpa konflik kahwin paksa dan percintaan bergelora, kan? Kali ni, kita akan tengok kisah perkahwinan aturan keluarga yang katanya sarat dengan ujian emosi dan konflik rumah tangga yang mendalam. Betul ke mendalam atau pusing-pusing kat situ jugak? Kita tunggu dan lihat!
Drama arahan Along Kamaludin ni menampilkan gandingan pelakon hebat Shukri Yahaya sebagai Luthfi Hakimi, seorang bapa tunggal yang tegas. Lawannya pula, Qistina Khaled yang memegang watak Arya Darlina, si isteri yang terpaksa kahwin paksa. Kalau dah kahwin paksa, mestilah mula-mula dingin, pastu slowly cinta berputik. Tapi, bila cinta dah mula nak bahagia, datanglah watak-watak lain nak kacau!
Ha, kat sinilah drama bermula! Kebahagiaan Luthfi dan Arya akan digugat oleh kecemburuan Syaza (Auni Yusri), sepupu Arya sendiri. Alamak, sepupu pun nak berebut ke? Paling power, bekas isteri Luthfi, Fiona (Ramona Zamzam) pun datang balik nak membalas dendam. Fuh, dua lawan satu ni, memang huru-hara la rumah tangga dorang nanti! Konflik demi konflik, sampai membawa kepada sebuah tragedi, kata sinopsis. Harap-harap takde la tragedi yang cliché sangat, kan?
Dengan lagu tema (OST) 'Gagal Setia' nyanyian Ryenald Guntabid, lirik bersama Melakaboy dan komposisi bersama Wan Muazzam Faiz, rasa macam drama ni dah pasang soundtrack untuk hati yang terluka. Jadi, mampukah Luthfi dan Arya bangkit semula dan menemui kebahagiaan sejati? Atau memang tertulis untuk putus tengah jalan? Korang dah ready nak tempuh segala drama ni?
