MAD MalaysiaMAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Christine Hakim & Reza Rahadian Terbang Khas ke KL, Siap Puji Mila Lebih Baik Dari Tiara!

Kehadiran dua bintang prolific industri perfileman Indonesia, Christine Hakim dan Reza Rahadian, yang terbang khas dari Jakarta semata-mata untuk menonton pementasan Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical 2026 di Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC) memang cukup bermakna buat pengarahnya, Puan Sri Tiara Jacquelina.

Christine, yang pernah menghidupkan watak Bayan dalam filem epik Puteri Gunung Ledang (2004), akhirnya berpeluang melihat sendiri karya ini kembali ke pentas. Dulu, dia tak sempat tonton pementasan muzikal pertama pada 2006. Kunjungan dua sahabat baik Tiara ini disifatkan sebagai penghargaan dan inspirasi besar buat seluruh produksi, terutamanya Christine yang ada hubungan istimewa dengan PGL sejak awal lagi.

Tiara berkata kehadiran Reza dan Christine menjadi inspirasi besar kepada seluruh keluarga Puteri Gunung Ledang, terutama dirinya sendiri, dan dia tidak menyangka kedua-duanya sanggup meluangkan masa untuk datang.

'Roh dan Semangat' PGL Kekal Berdenyut

Bagi Christine, 69, kekuatan utama PGL terletak pada keupayaan Tiara mengekalkan ‘roh dan semangat’ karya ini lebih dua dekad. Ini jelas membuktikan komitmen Tiara dalam mengangkat naskhah sarat nilai sejarah dan budaya. Katanya pada pementasan malam ke-18 di JCPAC, dia sukar membayangkan bagaimana Tiara mampu menjaga tenaga dan 'rasa' PGL selama lebih 22 tahun, dan itu hal yang paling sukar.

Beliau turut memuji persembahan Nadia Aqilah dan Mimi Fly yang berkongsi watak Bayan, memang mantap habis!

Mila Mohsin, Penggalas Legasi Berani

Namun, komen paling padu dari Christine adalah mengenai Mila Mohsin yang kini menggalas watak Puteri Gunung Ledang. Christine menyifatkan Mila sebagai kesinambungan legasi seni ibunya, dan secara berseloroh mengakui yakin Mila mampu membawa karakter itu lebih baik daripada Tiara sendiri. Fuh, deep tu!

“Mila persis ibunya,” kata Christine. Dia mengenali Mila sejak berusia tujuh tahun, iaitu ketika pembikinan filem PGL, 22 tahun lalu. Sekarang Mila berusia 29 tahun. Menurut Christine, Mila di pentas sama seperti ibunya, sangat serius dan fokus.

Lebih dari sekadar hiburan, Christine melihat PGL sebagai medium penting untuk mendekatkan generasi muda dengan sejarah dan warisan bersama masyarakat Malaysia dan Indonesia. Katanya, hubungan kedua-dua negara perlu terus diraikan sebagai sebuah keluarga besar yang berkongsi latar sejarah dan budaya, dan PGL mampu mengingatkan generasi baharu tentang ikatan ini.

Reza Rahadian Terpegun, Minta Lebih Banyak Muzikal

Sementara itu, Reza, 39, menyifatkan pengalaman menyaksikan PGL sebagai sesuatu yang “menakjubkan”. Dia siap kongsi yang dia hampir tak dapat tiket tau! Dia gembira akhirnya dapat menonton PGL dan berterima kasih kepada Christine kerana mendapatkan tiket untuknya.

Aktor ini menegaskan, kehadiran mereka bukan sekadar bagi sokongan kepada Tiara, tetapi mereka betul-betul nak menikmati keseluruhan pementasan. Reza turut melihat kejayaan PGL sebagai pemangkin kepada perkembangan industri teater tempatan, khususnya dalam melahirkan lebih banyak produksi muzikal berskala besar. Dia berharap PGL boleh menjadi lokomotif untuk syarikat teater lain. Reza juga menyimpan hasrat untuk melihat naskhah ini dipentaskan di Indonesia melalui kerjasama seni kedua-dua negara, mengetengahkan latar sejarah Melaka dan Majapahit. Menurutnya, ia akan menjadi satu kolaborasi yang indah.

Selepas filem tersebut, PGL The Musical mula dipentaskan di Istana Budaya pada 2006. Kini, PGL The Musical 2026 kembali ke pentas dengan Mila meneruskan legasi ibunya, membuktikan kesinambungan seni merentas generasi. Produksi terbaharu ini memang luar biasa, dengan 23,000 tiket bagi 16 pementasan habis terjual dalam masa kurang dua jam! Sebab tu, satu persembahan tambahan, The Grand Finale, dijadualkan berlangsung pada 17 November. Korang dah ada tiket belum?

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.