Cakra Khan & Geng R&B Malaysia Bakal Gegar Kuching!

Peminat R&B di Kuching, Sarawak bersiap sedia untuk dihidangkan persembahan mantap! Penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan, bakal bergabung tenaga dengan barisan artis tempatan yang bukan kaleng-kaleng dalam persembahan Soul City-An R&B Night.
Konsert ini dijadualkan berlangsung di Esplanad Tebingan Kuching pada 4 Disember ini. Memang tak sabar nak tengok gabungan unik dari dua negara jiran ni!
Yang paling 'power', Dato Acis sendiri akan memegang tampuk sebagai pengarah muzik. Memang dijamin persembahan akan lancar dan susunan muzik pasti padu, memberikan pengalaman hiburan yang berkualiti tinggi kepada semua penonton. Gabungan artis dari Indonesia dan Malaysia ni dijangka menyatukan keunikan muzik R&B dari kedua-dua negara dalam satu pentas.
Cakra Khan, yang dikenali dengan vokal yang penuh jiwa dan lagu balada yang emosi, dijangka menjadi tumpuan utama. Tapi, jangan lupa gais, kita ada geng-geng R&B Malaysia yang memang legend! Ruffedge dan Innuendo, dua kumpulan yang cukup dikenali dalam industri muzik tempatan dengan karya-karya R&B mereka, pasti akan mengimbau nostalgia.
Lah Ahmad pula, dengan identiti muziknya yang tersendiri, bakal menambah 'flavor' unik kepada persembahan. Tak cukup dengan tu, The Fabulous Cats akan melengkapkan barisan dengan muzik unik dan pengalaman luas mereka dalam dunia hiburan.
Kehadiran barisan artis ni bukan saja peluang keemasan untuk peminat menikmati lagu-lagu popular secara langsung, tapi juga akan menghidupkan semula nostalgia muzik R&B yang pernah menjadi 'killer' di hati peminat tempatan. Memang kena 'throwback' habis-habisan lah!
Soul City-An R&B Night ni dijangka akan jadi salah satu acara hiburan yang dinanti-nantikan, terutamanya bagi korang yang dah lama rindu persembahan R&B ‘live’ dengan gabungan artis hebat Indonesia dan Malaysia. Kalau tak nak terlepas, boleh dapatkan tiket di platform berkenaan. Jom lah kita meriahkan malam R&B ni!
