Amir Jahari Busking? Relaxlah, Dia Cuma Pinjam Gitar Kawan Je!

Video Amir Jahari menyanyi di tempat awam yang dimuat naik ke Threads baru-baru ini buat ramai orang terkejut. Rakaman yang dikongsi akaun @irin_putri itu menunjukkan penyanyi lagu hit Hasrat, yang juga juara Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) tu, sedang bermain gitar sambil menyanyi. Walaupun persembahan nampak santai, ramai yang mula berfikir bukan-bukan, siap assume Amir Jahari tengah busking.
Bila video tu dah mula tular, macam-macamlah reaksi yang muncul. Ramai peminat mula buat muka kesian, siap ada yang luah rasa sedih tengok Amir Jahari. Ada juga yang berpendapat bakat besar Amir ni macam kurang diberi perhatian dalam industri muzik kita. Seorang pengguna mengaku sedih melihat video itu, manakala seorang lagi sampai rasa industri kita rugi kerana tak pandang bakat Amir Jahari.
Tak lama lepas tu, barulah Amir Jahari sendiri tampil menjelaskan keadaan sebenar. Bukan busking pun, guys! Dia cuma pinjam gitar dan peralatan sahabat dia, Ammar, yang memang busking di lokasi tu. Kata Amir, dia pinjam peralatan tu sebab penat di studio, jadi dia buatlah sesi jamming dan nyanyi dua lagu.
“Assalamualaikum semua. Isu kod QR itu bukan saya punya. Itu milik Ammar, sahabat saya yang busking di situ. Saya pinjam gitar dan peralatan dia sebab penat di studio, jadi saya jamming dua lagu. Harap ini menjelaskan isu tersebut,” tulis Amir Jahari.
Nampaknya, kadang-kadang kita ni cepat sangat fikir negatif bila tengok video tular. Eloklah Amir Jahari dah clear kan semua. Lain kali, sebelum nak bersedih, kita siasat dulu ya! Ke korang pun rasa nak jamming pinjam gitar kawan jugak?
