Busana Tokti di Gema Bumantara: Empat gaya memukau, netizen puji melambung!

Keseronokan pasca Konsert Tradisional Gema Bumantara Datuk Seri Siti Nurhaliza mungkin sedikit tercemar dek kekhilafan Izara Aishah. Namun, itu tidak menghalang peminat untuk terus bercakap tentang acara mega tersebut dalam media sosial.
Sehingga ke hari ini, topik konsert yang gah itu masih hangat diperkatakan, dan pujian demi pujian masih ditabur netizen. Antara yang paling mencuri perhatian ramai ialah empat busana yang digayakan Siti pada malam tersebut.
Kata peminat, empat pakaian rekaan Rizman Ruzaini, Samm Republic dan Bianca Bella boleh dikatakan antara busana konsert tercantik Siti sepanjang tempoh kerjaya seninya. Memang level Tokti la, kan? Setiap satu gaya macam tak pernah tak kena!
Ramai juga memuji baju hijau rekaan Samm Republic yang disifatkan berani kerana menggunakan warna yang jarang dipakai selebriti tanah air. Satu pilihan yang memang berani dan buat Siti nampak menyerlah habis!
“Mesti laku warna hijau ini nanti pada hari raya, lawa betul,” demikian antara coretan netizen yang teruja. Agaknya, lepas ni semua nak cari baju hijau untuk raya, ikut vibe Tokti!
