MAD MalaysiaMAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Beli Rumah Kena Pilih Tingkat? Ini 4 Faktor Penting Korang Kena Tahu!

Pexels

Memang tak dinafikan, bab beli rumah ni banyak benda kena fikir. Selain faktor lokasi, keluasan, dengan harga yang ngam-ngam dengan poket, ada satu lagi perkara yang selalunya orang terlepas pandang — pemilihan tingkat rumah, kalau korang plan nak beli apartment atau kondominium. Nampak macam kecil je, tapi serius, pilihan tingkat ni boleh bagi impak besar pada keselesaan, privasi, dan gaya hidup kita nanti. Setiap tingkat ada pro dan kontra dia sendiri, bergantung pada apa yang korang dengan family cari.

Jom kita tengok empat faktor ni sebelum korang buat keputusan muktamad:

1. Tingkat Rendah: Mesra Warga Emas & Anak Kecil

Untuk mak ayah yang dah berumur, atau korang yang ada anak kecil, tingkat rendah memang pilihan terbaik. Senang cerita, akses dia memang mudah gila! Tak payah bergantung sangat pada lif, dan kalau ada apa-apa kecemasan, nak keluar masuk bangunan pun cepat. Tapi, ada jugak downside dia. Selalunya, tingkat rendah ni kurang sikit pencahayaan dengan pengudaraan.

2. Tingkat Tengah: The Best of Both Worlds?

Kalau korang jenis yang nak balance, tak nak rendah sangat, tak nak tinggi sangat, tingkat pertengahan ni la jawapannya. Kira macam tengah-tengah lah. Biasanya, tingkat ni taklah bising sangat macam tingkat bawah, dan pencahayaan semula jadi pun selalunya lebih baik. Pemandangan pun dah mula nampak lebih terbuka sikit berbanding tingkat rendah. Memang pilihan yang cun kalau nak kemudahan akses tapi masih nak rasa selesa dan privasi sikit.

3. Tingkat Tinggi: Privacy Maksima & View Memukau

Untuk yang bujang atau pasangan yang sukakan privacy melampau dan view yang menenangkan jiwa, tingkat tinggi memang pilihan tepat! Pemandangan dari atas ni memang luas dan terbuka, rasa macam dunia ni korang yang punya. Lagi satu, kurang sikit gangguan serangga dengan bunyi bising dari bawah. Tapi, kena ingat, korang akan sangat bergantung pada lif. Kalau lif rosak, aduhai, memang exercise naik tangga lah jawabnya. Proses nak menyelamatkan diri masa kecemasan pun mungkin lebih mencabar.

4. Tingkat Paling Atas: Raja Segala Privasi Tapi Kena Reda

Unit di tingkat paling atas ni memang jadi kegilaan ramai yang cari privacy level maksimum dan pemandangan paling best. Dia punya view tu memang tak boleh lawan. Tapi, jangan happy sangat dulu. Ada beberapa risiko yang kena timbang. Antaranya, risiko kebocoran air hujan dari bumbung, suhu dalam rumah yang mungkin lebih panas dari biasa, dan selalunya harga dia pun lebih mahal. Jadi, sanggup ke tidak bayar lebih untuk privacy dengan risiko tu? Itu kena fikir masak-masaklah!

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.