MAD MalaysiaMAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Amir Raja Lawak dah tak pakai oksigen, tapi masih semput nak jalan!

Alhamdulillah, ada berita baik dari pelawak Amir Raja Lawak! Amir, atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 37, kini dilaporkan sudah tak perlukan bantuan oksigen.

Tapi, jangan gembira sangat dulu geng. Walaupun dah tak pakai oksigen, Amir masih berdepan cabaran besar. Dia akui tak mampu berjalan atau bercakap lama sebab mudah semput, walaupun untuk pergerakan ringan. Bayangkan, dia cuba jalan dua langkah pun dah tercungap-cungap cari nafas!

Sebelum ni, pada 11 November lalu, Amir dimasukkan ke ICU Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu gara-gara jangkitan kuman pada paru-paru. Dia kemudian dipindahkan ke wad biasa selepas lebih 10 hari kat ICU. Kesan dekat dahi dengan hidung tu pulak datang dari alat bantuan pernafasan masa dekat ICU, katanya boleh bersih guna pelembap kulit.

Yang paling kelakar, Amir sempat berseloroh melalui hantaran Facebook pada Isnin, dia dah boleh "bergurau atau bahan-membahan balik kat media sosial." Tapi dia kata tak mampu nak balas semua komen pengikut macam dulu. Aduhai, dah boleh return to form ke tu Amir? Jangan memandai sangat nak membahan kalau semput lagi!

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video