Amir Ahnaf Ingat Kerjaya Dah “Pupus” Dalam Industri, Kontroversi Sampai Hilang Keyakinan?

Pelakon Amir Ahnaf baru-baru ini meluahkan perasaan di mana dia sempat menyangka kerjaya lakonannya sudah berakhir. Katanya, memang payah dua bulan terakhir ni, sampai dia rasa hilang keyakinan diri.
Amir, yang nama penuhnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, memang nampak dunia lakonan ni ada makna yang sangat besar untuk dia. Bukan setakat nak glamer, tapi dia berhasrat nak angkat bakat seni tempatan supaya industri kita makin ke depan. “Saya tak percaya yang kalian semua berada di sini sebenarnya. Sebab saya ingat saya sudah pupus dalam industri ini. Saya ingat saya sudah tiada lagi,” katanya, siap sebak lagi masa tayangan filem Baga: Esok Untuk Siapa di TGV Pavilion Damansara Height, Kuala Lumpur, pada 2 November.
Kata Amir lagi, dia terjun ke dunia seni ni sebab nak bantu keluarga, dan juga nak tolong industri kita. Dia memang beria nak bagi peluang dekat bakat-bakat yang sebelum ni mungkin tak berapa diberi perhatian, supaya semua orang boleh kongsi rasa dengan karya seni.
Kontroversi yang melanda sebelum ni memang buat dia hilang rasa percaya pada diri sendiri, tapi nasib baiklah Baga datang mengembalikan semangat.
Amir Ahnaf menegaskan dia sangat jujur dalam setiap apa yang dia buat, apatah lagi naskhah yang dia pilih. Bukan dia seorang, tapi satu geng pelakon dan produksi lain pun sama-sama datang dengan hati yang jujur. Dia percaya, apa saja yang kita buat dalam hidup kalau ikhlas, orang lain mesti akan rasa. Patutlah ramai peminat setia dia!
Untuk makluman korang, Baga ni memang naskhah yang mengesankan, dan Amir berharap penonton bagi peluang dekat bakat baru yang terlibat. Film arahan Ariff Zulkarnain ini akan membongkar cerita pasal sistem kehidupan masyarakat terpinggir yang terkait dengan dadah di Terengganu. Baga akan mula tayang kat pawagam seluruh negara bermula esok, 5 November 2026.
Korang rasa macam mana?
