MAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Akmal Asyraf Padam Gambar Adik Perempuan, Ada Apa-Apa Ke? Ini Jawapan Abang 'Kudrat 1968: High Council'!

Pelakon yang pegang watak Piji dalam Kudrat 1968: High Council ni menjelaskan sebab dia memadam gambar adik-adik perempuannya.

Akmal Asyraf cakap, dia tidak kisah jika peminat ingin korek projek lamanya atau gambar-gambar lama. Tapi bila bab keluarga, dia rasa itu lain cerita. Katanya, dia lebih selesa kalau gambar-gambar keluarganya tidak dicampurkan dan biarkan ia sebagai privasi.

Sebagai abang sulung, Akmal ambil langkah awal. Walaupun gambar adik-adiknya tular di Threads dan mendapat pujian, dia tetap pilih untuk padam. "Saya memang padam gambar mereka. Bukan sebab dapat DM tapi saya ambil jalan awal supaya ia tidak lanjut lebih jauh lagi," jelasnya lagi.

Walaupun semuanya nampak terkawal dan adik-adiknya pun 'okay' tanpa ada apa yang teruk lagi, Akmal mengambil inisiatif sebagai abang untuk memadam gambar tersebut. Katanya, tidak perlu untuk sekalikan hal privasinya.

Agak-agak korang setuju tak dengan Akmal Asyraf ni? Penting sangat ke privasi keluarga kena jaga macam ni di media sosial?

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video