MAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Fazley Yaakob Lamar Vida Atas Pentas Konsert, Jawapan “Yes, Sayang!” Terus Keluar!

Malam Selasa lepas, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) jadi saksi lamaran paling epik bila Datuk Fazley Yaakob, penyanyi dan cef selebriti yang kita kenal, buat kejutan melamar Datuk Seri Vida. Kejadian ini berlaku masa konsert TikTok Shop 11.11 Mega Syok Live, dan memang curi perhatian ramai habis!

Fazley, yang berumur 48 tahun, mulakan kejutan dengan nyanyian lagu “Asmara Ini” sebelum jemput Vida, atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 55 tahun, naik ke pentas. Lepas tu, dia nyanyi pulak lagu feveret Vida, Di Alam Fana Cinta, dan yang paling sweet, dia ajak sekali anak-anak mereka naik pentas!

Bukan setakat nyanyi-nyanyi, Fazley siap sediakan persembahan khas tayangan video simulasi 1,200 dron yang terpampang kat skrin, macam dalam filem weh! Dia hadiahkan sejambak bunga kepada Vida sebelum meluahkan hasrat nak jadikan Vida pasangan hidup.

Vida nampak terharu gila dengan lamaran tu. Lepas je dia dapat persetujuan daripada anak-anak yang ada kat pentas sama, Vida terus bagi jawapan yang buat semua orang teruja. “Kalau semua dah setuju, apa boleh saya katakan? Sudah tentu yes sayang,” katanya. Fuh, terus dapat “yes”, tak payah fikir panjang!

Lamaran ni memang jadi momen istimewa buat diorang, tak hairanlah ramai yang tengok momen romantis tu jadi bualan. Hubungan rapat Fazley dan Vida sebelum ni pun dah selalu jadi topik hangat, terutama lepas diorang join program realiti Talk To My Manager 2 (TTMM2). Sejak tu, diorang memang makin akrab dan tak segan silu kongsi kemesraan kat media sosial. Dua-dua pun pernah cakap nak bawak hubungan ni ke fasa lebih serius.

Untuk rekod, Fazley pernah berkahwin dengan Azrene Soraya Abdul Aziz pada 2006 dan bercerai pada 2024 selepas 18 tahun bersama. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Fierudz Shah, dan Alayna Selma. Sementara tu, Vida pula pernah berkahwin tiga kali dan kesemuanya berakhir dengan perceraian. Vida dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Muhammad Qayyum yang mesra disapa Kacak.

Bolehlah kita expect wedding of the year tak lama lagi ke ni?

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video