MAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Nabil, Jihan & Sherry Ngam Habis! Gandingan Hos GV Fantasia Dipuji Melambung Tinggi

via Instagram @nabilzira

Bukan setakat persembahan bintang-bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF) yang buat penonton terpukau, tapi gandingan tiga hos gempak, Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad pun curi tumpuan habis. Dari konsert minggu pertama lagi, dah nampak aura keserasian dorang ni memang lain macam, sampai ramai yang puji melambung!

Menerusi perkongsian di Threads, berderet-deret pujian yang datang untuk trio pengacara ni. Kata penonton, dorang berjaya menghidupkan suasana dengan jenaka bersahaja, dan yang paling penting, tak nampak langsung berebut nak bercakap.

Seorang pengguna tak dapat menahan rasa kagum, siap komen, “Nabil memang paling relevan sebagai hos. Semalam tidak berhenti gelak dengan lawak rawaknya, tidak bosan langsung.” Ada yang sampai cakap, Nabil ni buat rancangan jadi tak membosankan, walaupun kadang-kadang ada je yang suruh dia tukar kerusi hos tu. Tapi hakikatnya, dia tetap on point!

Nabil bukan setakat bagi lawak kosong, dia siap “membahan” Faizal tapi dalam masa yang sama berjaya naikkan nama artis tu dan mempromosikan karya Astro Shaw, Kudrat. Fuh, bijak betul strategi dia! Bukan itu saja, perniagaan Mila Jirin dan Faizal pun Nabil tolong promosikan sekali. Memang 'marketing manager' tak berbayar lah Nabil ni, dua dalam satu!

Sherry Alhadad pula, kita tahu lah dia ni memang 'power bank' atau 'penenang' yang sentiasa berjaya meneutralkan keadaan kalau Nabil dan Jihan dah start "melalut" sangat. Kan dah ngam namanya tu? Gabungan mantap tiga personaliti berbeza, tapi saling melengkapi.

Secara keseluruhan, respon penonton memang positif habis. Ada pengguna yang berharap gandingan trio ni akan terus memeriahkan GVF. Pendek kata, “tiga hos ini terbaik untuk GVF kali ini,” komen seorang lagi pengguna. Memang kena akui, gabungan dorang ni buat GVF lebih 'hidup' dan tak kering gusi.

Untuk info korang, GVF musim ni memang power sebab menghimpunkan juara serta alumni Akademi Fantasia macam Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir. Barisan juri pula terdiri daripada nama-nama besar iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat. Program ini akan berlangsung selama 11 minggu dan bersiaran setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria, saluran 104, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam. Boleh juga tengok kat Astro GO dan sooka tau!

Jadi, korang rasa trio Nabil, Jihan, Sherry ni patut terus jadi hos Gegar Vaganza untuk musim-musim akan datang tak? Ke ada cadangan lain yang lebih meletop? Share la sikit!

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video