Hard Rock Cafe Panas! Wings & Dua Band Rock Gegarkan Sambutan 35 Tahun

Malam Isnin lalu, Hard Rock Cafe bergema dengan muzik rock sempena sambutan ulang tahun ke-35 rantaian restoran berkonsep rock 'n' roll itu. Acara yang dinamakan “35 Years, One Legendary Night” ini menghimpunkan tiga kumpulan rock tanah air untuk persembahan yang cukup bertenaga dan meriah.
Persembahan bermula pada pukul 9 malam dengan kemunculan kumpulan Muzza & The Velvettones. Mereka memukau penonton dengan tujuh lagu popular mereka termasuk “The Mystical Egypt”, “Pinks Have Flown”, “Bangkitkan Derumannu”, “Kau Di Hatiku”, “Bara Jiwa” dan “Kitakan Bersama”. Bukan itu sahaja, kumpulan ini turut membawakan lagu saduran artis antarabangsa seperti “Knight Of Cydonia” (Muse), “Whipping Post” (The Allman Brothers) dan “Tom Sawyer” (Rush), serta lagu tempatan “Taman Rashidah Utama” dari Wings.
Vokalis Muzza & The Velvettones, Ewal, sempat berseloroh dengan peminat apabila meminta mereka tidak mengundinya dalam segmen Hot Seat Gegar Vaganza Fantasia (GVF) kerana enggan bergerak secara solo. Ini lawak! Mana tahu kalau jadi solo pun meletup kan?
Kemuncak acara sudah tentulah persembahan bertenaga daripada kumpulan lagenda, Wings. Datuk Awie dan rakan-rakannya menggegarkan pentas dengan 15 buah lagu popular, termasuk “Anugerah”, “Inspirasi Taming Sari”, “Sekeping Kertas Bermaruah”, “Kembalilah”, “Ingatkan Dia” dan “Bernafas Dalam Lumpur”. Memang tak pernah mengecewakan peminat!
Menurut Datuk Awie, Hard Rock Cafe memainkan peranan besar dalam perjalanan kerjaya kumpulan Wings sepanjang berada dalam industri muzik tanah air.
Acara tersebut turut dimeriahkan dengan sesi memotong kek ulang tahun. Datuk Awie berkata 35 tahun mewakili legasi muzik, kenangan dan generasi yang membesar bersama mereka, dan mereka berbangga meraikan perjalanan yang telah dilalui serta yang masih akan diteruskan. Wow, 35 tahun bukan satu jangka masa yang singkat tau! Patutlah peminat sanggup menunggu sampai ke akhir acara untuk tengok persembahan Wings. Siapa yang sempat hadir malam tu, memang untunglah!
