MAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Meriahnya Birthday Aaisyah Dhia Rana! Siap Ada 12 Kek, Tema 'Car Race' Pula Tu!

Ulang tahun ke-12 puteri kesayangan pelakon Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana, memang disambut gilang-gemilang baru-baru ini. Che Ta berkata semua yang dilakukan adalah demi anak tunggalnya. Bayangkan, majlis hari jadi Aaisyah ni bukan calang-calang, siap ada 12 biji kek dengan rekaan berbeza! Fuh, nak potong kek mana dulu pun pening kepala!

Bertemakan perlumbaan kereta, Che Ta sendiri cakap semua yang dia buat tu memang nak bagi puteri dia gembira. Biasalah, dah namanya pun anak kesayangan, mestilah mak nak bagi yang terbaik kan?

Netizen pun apa lagi, laju je membanjiri ruangan komen. Ramai yang mendoakan Aaisyah membesar jadi anak solehah, sihat sejahtera dan mewarisi kecantikan ibunya. Ada juga yang tak lepas pandang penampilan Che Ta dan Aaisyah, siap puji persis patung Barbie masa majlis tu.

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video