Che Ta Nak Layan Menantu Bak Raja, Siap Guna Tips 'Pulut' Dari Bekas Ibu Mentua Sendiri!

Rozita Che Wan mahu memberi layanan yang baik kepada menantunya, Auni Ikhwan, sama seperti pengalaman baik yang dia terima daripada bekas ibu mentuanya dulu. Che Ta mengaku, bekas ibu mentuanya, Siti Aishah, 77 tahun, memang jadi contoh utama dia dalam melayan menantu.
Dulu saya ada pengalaman dengan bekas mak mentua sewaktu perkahwinan pertama. Dia memang baik, kalau tidur rumah dia tak perlu buat apa-apa kerana ada pembantu rumah yang uruskan, Che Ta berkongsi. Memang syoklah kan, menantu datang rumah tak payah buat kerja, rileks je teman mak mentua layan TV sambil hirup kopi. Kalau Che Ta nak masak-masak atau cuba resipi baru kat rumah tu pun, Siti Aishah okay je. Patutlah Che Ta pun nak ikut jejak langkah!
Dan gaya 'no pressure' ni lah yang Che Ta nak praktikkan dengan menantu dia, Auni Ikhwan. Tapi kalau datang ke rumah saya, tidak perlulah masak sebab saya pun dah masakkan dan ibu saya pun ada, katanya, biar menantu datang rumah goyang kaki je. Memang mak mentua idaman semua orang ni!
Bukan itu je, Che Ta pun banyak belajar cara nak pikat dan ambil hati menantu dari Siti Aishah. Bekas ibu mentuanya takkan terus cakap, “Datanglah.” Sebaliknya, dia akan pancing secara tak langsung. Contohnya, Mama masak pulut ni, teringat dekat Rozie. Che Ta mengaku, bila dengar je ayat power macam tu, terus rasa serba salah, dan tak keruan nak datang rumah! Dah macam kena siren pulut, terus laju je datang! Kata Che Ta, kalau nak anak kita balik rumah, ajaklah menantu. Confirm dia tak sampai hati nak tolak pelawaan mak mentua. Ha, ini namanya strategi pikat menantu tahap dewa!
Walaupun dah jadi bekas, Che Ta kata dia masih berhubung baik dengan Siti Aishah dan kadang-kadang ada je meluangkan masa bersama. Respek!
Bila orang puji Auni Ikhwan ni bertuah dapat mak mentua macam Che Ta, dia menjawab bahawa ramai lagi yang menerima layanan baik daripada mentua masing-masing. Che Ta kata ramai je yang layan menantu dengan baik tapi mungkin tak tayang kat umum. Memang betul pun kan? Kalau kita sudah sayang anak, sudah tentu kita sayang menantu. Kalau sudah sayang, mesti mahu lakukan semua benda untuk mereka, kata Che Ta, simple tapi padu! Tak nak ke mak mentua korang pun 'best' macam ni?
