Anna Jobling Mengaku Bercinta Dengan Karel Susanteo, Tapi…

Setelah berteka-teki selama ini, pelakon Anna Jobling akhirnya mengakui yang dia sedang hangat bercinta dengan selebriti Indonesia, Karel Susanteo. Fuyoo! Khabar angin yang bertebaran di alam maya tu, memang betul belaka lah ya.
Namun, bagi korang yang dah siap nak kumpul duit raya untuk majlis kahwin diorang, hold dulu! Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 25, cakap hubungan mereka belum sampai tahap yang lebih serius. Jangan gopoh-gopoh sangat katanya.
"Saya rasa semua orang sudah tahu mengenai hubungan kami. Saya tiada apa-apa lagi hendak diperkatakan, cuma doakan yang baik-baik sahaja untuk saya. Buat masa ini, saya mahu fokus kepada kerjaya kerana masa tidur pun tidak cukup. Jadi, tidak perlulah terburu-buru," ujar Anna pada Jumaat, ketika ditemui di majlis tayangan eksklusif drama Yes! Captain Zul Aaryan di TGV KLCC.
Memang logik lah kalau Anna nak fokus kerjaya dulu. Jadual kerja yang padat, masa rehat pun tak cukup, nak fikir soal kahwin memang makan masa. Kita support jelah keputusan Anna ni, demi kelangsungan hidup dan drama-drama berkualiti di kaca TV!
Bila ditanya apa yang membuatkan dia tertarik dengan Karel, Anna menjawab ringkas bahawa personaliti Karel yang menarik perhatiannya.
Sebelum ini, memang dah kecoh dah di media sosial bila Karel muat naik video Anna terbang ke Jakarta semata-mata nak bagi sokongan dekat dia yang menyertai pertandingan kecergasan HYROX Jakarta baru-baru ini. Kantoi betul! Netizen pun apa lagi, makin panaslah spekulasi hubungan cinta mereka berdua, siap dengan foto-foto romantis yang viral di media sosial. Mana taknya, sweet sungguhlah!
Dalam perkembangan lain pula, Anna sekarang ni tengah sibuk membintangi drama terbaharu Yes! Captain Zul Aaryan. Drama ni diadaptasi dari novel popular dengan tajuk yang sama. Anna cakap, lepas je dia tahu akan bawa watak Zara Andrea, terus dia beli novel tu dan baca untuk faham kenapa ramai sangat peminatnya. "Apabila membacanya, saya faham mengapa novel ini begitu diminati kerana jalan ceritanya sangat menyeronokkan," tambahnya. Mesti best cerita ni kan? Ada sesiapa dah baca novel ni?
