MAD MalaysiaMAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Lagu 'Selesa' Hael Husaini Buat Jiwa Galau, Peminat Rasa Macam Nak Menangis!

Hael Husaini memang power bila bab buat lagu, kali ni dia kembali bikin peminat terbuai dengan single terbaru, 'Selesa'. Lagu genre balada yang fresh ni dicipta sepenuhnya oleh Hael sendiri, bergandingan pula dengan komposer berbakat besar, Iqie Hugh.

Sejak dilancarkan secara rasmi di semua platform penstriman digital pada 30 Oktober lalu, 'Selesa' dah dihujani ribuan pujian peminat yang memang terkesima dengan kehebatan karya tu. Bukan setakat tu je, 'Selesa' juga dah meledak di semua platform media sosial, terutama TikTok. Ramai guna lagu ni sebagai muzik latar untuk pelbagai video, khususnya yang berkaitan dengan momen-momen galau.

Memang tak hairanlah ada peminat yang sampai rasa macam ni: "Tajuk Selesa tapi bila dengar lagu penuh, terus rasa jiwa kurang selesa, macam nak menangis." Betul juga tu, apa agaknya magis yang Hael Husaini ada sampai hampir semua lagu ciptaan dia 'menjadi' dan jadi siulan ramai?

Setiap kali Hael keluarkan lagu baru, ramai yang menanti-nantikannya. Korang dah siap mental ke nak jiwang sampai habis kalau dengar 'Selesa' ni?

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.