Ezzanie Jasny 'Sakit Dada' Tengok Video Haiwan Kena Seksa, Persoal Sifat Manusia Kejam

Pelakon Ezzanie Jasny meluahkan perasaannya di Threads selepas melihat satu video tular.
Ezzanie meluahkan rasa terkilan selepas melihat rakaman yang memaparkan penderaan haiwan.
Dengan nada yang cukup emosi, Ezzanie mempersoalkan tindakan segelintir manusia yang sanggup berlaku kejam terhadap haiwan-haiwan yang tak bersalah tu. Bagi dia, haiwan ni pun makhluk hidup sama macam kita, yang boleh rasa takut, sakit, dan sengsara.
“Sakitlah dada aku tengok video-video binatang kena seksa ni,” tulisnya.
Dia juga mengakui yang dia memang sukar nak faham macam mana ada je individu yang sanggup menyakiti haiwan tanpa fikir langsung penderitaan yang terpaksa ditanggung. Susah betul nak hadam bila empati tu macam dah hilang entah ke mana.
Dia turut menyatakan dirinya tidak dapat memahami bagaimana sesetengah orang mempunyai sifat empati yang rendah, dan mengaku rasa mahu menangis.
