Datuk Fauziah Nawi ‘Sound’ Siapa Tu? Jangan Suka-Suka Judge Orang!

Aktres versatil, Datuk Fauziah Nawi pada Isnin lalu bagi ‘pesanan penaja’ kat semua, janganlah mudah sangat nak menghukum atau merendahkan orang lain. Yelah, kita mana tahu kan apa yang orang tu dah lalui dalam hidup dia.
Menerusi perkongsian di Threads, Fauziah Nawi tegaskan yang ada je individu yang rasa diri dia cukup sempurna, sampai rasa berhak sangat nak cari salah dan persendakan kehidupan orang lain.
“Ada manusia yang begitu mudah menghukum, menghina, mencari kesalahan dan mempersendakan orang lain.” tulisnya.
Pelakon senior yang juga penerima Anugerah Sepanjang Zaman Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) ni juga ingatkan, kita ni semua ada kelemahan dan kisah hidup masing-masing. Tak semua benda kita kena tahu, dan tak semua orang akan tunjuk. “Mereka lupa bahawa setiap manusia mempunyai perjalanan hidup, kelemahan, kesilapan dan perjuangan yang tidak semestinya diketahui oleh orang lain,” tambahnya.
Tapi, Fauziah Nawi takde pula sebut spesifik siapa atau situasi mana yang dia maksudkan masa kongsi nasihat ni. Hmm, agak-agak siapa yang terasa tu?
Betul sangatlah tu. Kadang-kadang kita kena ingat, cermin kat rumah tu lagi penting dari keyboard!
