MAD MalaysiaMAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Gaya Hidup

3 Resipi Tuna Dalam Tin Yang Buat Kita Lupa Food Delivery!

Pexels

Siapa sangka, tuna dalam tin yang selalu ada dalam stok kecemasan kat dapur tu, sebenarnya hero tak didendang? Bukan setakat murah, praktikal, dan tahan lama, tapi dalam beberapa minit je, boleh bertukar jadi hidangan lengkap! Kalau korang cari sesuatu yang ringan untuk tengah hari atau makan malam ekspres, tuna tin lah jawapannya.

Selain mudah nak disediakan, tuna tin ni pun sumber protein yang bagus tau. Senang sangat nak gabungkan dengan pasta, nasi, sayur-sayuran, kekacang, atau roti. Jadi, walaupun takde masa atau mood nak masak, korang tetap boleh siapkan sesuatu yang sedap tanpa banyak kerahan tenaga. Rasa macam tak percaya je kan?

Kalau korang dok terfikir-fikir, apa la agaknya yang boleh buat dengan sebiji tin tuna ni? nah, sini ada tiga idea super senang yang siap dalam sekelip mata. Sesuai sangat untuk makan kat rumah, pejabat, atau buat bekal esok punya lunch!

Salad Tuna Mediterranean Yang Fresh!

Nak hidangan yang sejuk, mengenyangkan, dan seimbang? Salad tuna gaya Mediterranean ni memang pilihan ideal! Bayangkan je tuna digabungkan dengan tomato ceri, timun, dan sedikit keju feta. Lepastu, perasakan pulak dengan minyak zaitun, perahan lemon, dan taburan oregano. Fuh, rasa macam bercuti kat tepi pantai Mediterranean! Senang je, gaul semua bahan dalam mangkuk besar, tambah tuna, dan last sekali renjis sikit minyak zaitun, lemon, dan oregano. Hidang macam tu je, atau kalau nak lagi kick, makan dengan roti bakar. Memang power!

Pasta Tuna Dengan Tomato Ceri Cepat Siap

Ini memang 'comfort food' yang paling cepat korang boleh siapkan – dalam lebih kurang lima belas minit je dah ready! Mula-mula, masak pasta ikut arahan pada pek. Sementara tu, tumis bawang putih dengan sedikit minyak zaitun dalam kuali anti-lekat. Bila dah wangi, masukkan tomato ceri, kemudian baru lah masukkan tuna. Gaul rata dengan pasta yang dah masak tu, dan akhir sekali tabur sikit lada hitam yang baru dikisar. Siapa kata nak makan sedap kena masak lama? Confirm boleh buat TikTok tutorial ni!

Sandwich Tuna & Avokado Untuk Pagi Yang Cepat

Untuk sarapan, brunch, atau makan malam yang pantas, sandwich tuna dan avokado ni memang win! Bayangkan roti gandum penuh yang disapu dengan avokado yang dah dilenyek bersama perahan lemon dan lada hitam. Lepastu, lapiskan dengan tuna, daun salad rangup, dan hirisan tomato. Kalau nak lagi bertekstur krim, boleh tambah sikit yogurt atau mayones light. Siap dalam lima minit je! Macam tak percaya je cepatnya.

Nampak tak? Tuna dalam tin ni buktikan yang bahan yang simple pun boleh jadi asas untuk macam-macam resipi cepat dan sedap. Dengan beberapa bahan asas lain yang memang selalu ada kat dapur, korang boleh cipta hidangan seimbang tanpa buang masa dan tenaga. Jadi, next time kalau korang dah pening nak fikir nak makan apa hari ni? sebiji tin tuna mungkin jadi jawapan paling mudah dan paling sedap! Cepat cek stok kat dapur, mana tahu boleh jadi chef ekspres hari ni!

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video