Ara Johari Akui Vokalnya Tidak Lagi Sama Seperti Dahulu

Penyanyi yang kita kenal dengan suara power, Ara Johari, baru-baru ni buat pengakuan mengejutkan. Dia cakap kemampuan vokalnya dah tak sama macam dulu lagi! Ini berpunca daripada beberapa kali dijangkiti COVID-19 dan influenza yang memberi kesan kepada keupayaannya menyanyikan lagu bernada tinggi.
Menurut Ara, faktor usia pun main peranan jugak, tapi pengalaman berdepan masalah kesihatan tu yang paling memberi impak. Ara pernah dijangkiti COVID-19 sebanyak lima kali dan influenza sebanyak dua kali. Selepas dijangkiti influenza, kemampuan vokalnya terjejas sehingga terpaksa menurunkan nada nyanyian sebanyak satu key berbanding dahulu.
Dahulu, Ara mampu mencapai nada lebih tinggi daripada lagu 'Bunga', tetapi kini lagu itu merupakan antara had tertinggi yang masih mampu dinyanyikannya. Menurut Ara, selepas dijangkiti influenza suaranya menjadi sangat kasar. Ara juga berkata proses pemulihan suaranya mengambil masa lama setiap kali kehilangan suara, kadang-kadang sehingga tiga atau empat bulan. Dia turut memikirkan kemampuan vokal untuk jangka panjang, termasuk sama ada dia masih mampu menyanyikan 'Bunga' dengan nada asal 20 tahun lagi.
Seorang pengguna Threads sebelum ini mendakwa Ara memilih untuk melancarkan lagu-lagu galau kerana tidak lagi mahu menyanyikan lagu bernada tinggi. Ara menjelaskan pemilihan lagu bernada lebih rendah, termasuk 'Menjaga Jodoh Orang Lain', bukanlah semata-mata disebabkan perubahan vokalnya, tetapi juga sebahagian perancangannya mencuba pendekatan berbeza menerusi karya baharu.
