MAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Aksi silat Izara Aishah dikritik netizen, pelakon itu balas

Pelakon Izara Aishah tampil menjelaskan komen netizen yang mendakwa aksi silatnya ketika membuat persembahan di Konsert Gema Bumantara kelihatan keras seperti patung.

Izara, 34, berkata dia memiliki asas seni mempertahankan diri sejak usia muda dan mempelajari Seni Tari Silat Helang Alam Buana Srikandi. Dalam balasannya kepada satu hantaran pengguna Threads, dia berkata: "Muay Thai dari umur 14 tahun kemudian silat dari umur 19 tahun."

Sebelum itu, seorang pengguna Threads mendakwa pergerakan silat yang ditampilkan Izara kelihatan agak keras sehingga menyamakannya dengan patung yang sering dijadikan perhiasan di dalam kereta.

Izara berkata dia sudah hampir 10 tahun tidak bersilat sebelum kembali menjalani latihan untuk membawa watak Puteri Walinong Sari. Dia mengakui perlu kembali berlatih hanya sebulan sebelum persembahan itu berlangsung, ketika anak ketiganya baru berusia lima bulan.

"10 tahun berhenti bersilat, tiba-tiba kena sambung balik sebulan lepas untuk membawa watak Walinong. Saya masih dikira dalam pantang, bayi lima bulan," ujarnya.

Mengenakan busana serba putih, persembahan Izara berjaya memukau penonton menerusi penampilannya sebagai watak legenda Melayu itu.

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.