Khairul Aming Kena 'Sound' Isu Meja Rembayung: "Cik Buat Dua Separate Booking!"

Usahawan dan pempengaruh Khairul Aming, atau mesra disapa KA, kembali menjadi bualan selepas seorang individu meluahkan rasa kecewa di Threads mengenai susunan meja di Rembayung.
Syafiqah berkongsi bahawa dia dan keluarga berkunjung ke Rembayung untuk meraikan hari jadi ibu mentuanya, namun permintaan untuk menggabungkan meja bersebelahan tidak dapat dipenuhi. Dakwanya, permintaan itu tidak menghalang laluan staf atau mengganggu pelanggan lain. Dia turut menyatakan rasa kurang selesa kerana terpaksa bangun untuk mengambil hidangan di meja sebelah.
KA menjelaskan di ruangan komen bahawa pihak Rembayung telah cuba yang terbaik untuk meletakkan kedua-dua meja secara bersebelahan walaupun individu itu membuat tempahan berasingan. Menurutnya, Rembayung menyediakan dua jenis meja, iaitu meja panjang dan meja berbentuk petak, dan meja yang diperuntukkan untuk Syafiqah ialah meja jenis petak yang hanya memuatkan enam orang.
Isu ini mendapat pelbagai reaksi warganet yang masing-masing mempunyai pandangan tersendiri. Apa pendapat anda?
