MAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Eyra Hazali Akui Hidangan Shell Out Tidak Ikut SOP

Pelakon Eyra Hazali, memohon maaf selepas pelanggan mempertikaikan kuantiti dan variasi makanan laut di gerai Haziq Shell Out milik suaminya di Seri Alam, Johor. Kuantiti dan variasi makanan laut dalam hidangan shell out yang didakwa tak menepati prosedur operasi standard (SOP).

Jujurnya, Eyra sendiri pun terkedu bila tengok hidangan berkenaan. Dia mengakui hidangan itu tidak menepati SOP dan dia sendiri terkejut melihat jumlah kupang yang lebih banyak berbanding makanan laut lain. Eyra, menerusi respons di Threads pada Selasa, berjanji akan menyemak hal ni dengan pasukan dia untuk cari punca kejadian.

Terdahulu, pelanggan itu meluahkan kekecewaan selepas pertama kali mencuba hidangan di gerai tersebut di The J, Seri Alam. Menurutnya, dia mengharapkan pilihan makanan laut yang lebih pelbagai meskipun kuantitinya tidak banyak. Namun, hidangan pertama didakwa lebih banyak mengandungi kupang dan lala, dengan seekor ketam kecil serta dua ekor udang.

Pelanggan itu kemudian memesan hidangan berperisa buttermilk, tetapi mendakwa menerima dua ekor ketam dan dua ekor udang. Ketiadaan sotong turut menjadi antara perkara yang mengecewakannya.

Eyra turut menghargai maklum balas pelanggan dan menyatakan aduan itu akan diberikan perhatian supaya masalah sama tidak berulang.

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.