Nelydia Senrose Akhirnya Tunjuk Wajah Putera Sulung, Peminat Teruja Dengan Diaz!

Nelydia Senrose, 32, akhirnya berkongsi wajah putera sulungnya, Diaz, selepas tiga bulan menimang cahaya mata. Perkongsian di Instagram itu mencetuskan rasa teruja dalam kalangan peminat.
Perkongsian tersebut dibuat sempena hari jadi suaminya, Hafez, yang disifatkan Nelydia sebagai sambutan yang berbeza dan lebih bermakna kerana kehadiran Diaz.
Dalam ucapannya, Nelydia menulis: "9 tahun lepas, hari jadi pertama saya dapat sambut dengan awak dan sekarang selepas 9 tahun, masih menyambut hari penting kamu. Cuma bezanya sekarang kita ada sambut dengan si kecil yang panggil awak daddy."
Nelydia turut bersyukur kerana dapat menghabiskan masa bersama suaminya, melihat perkembangan dirinya dan mencipta kenangan bersama. "Masyaallah, kalau lah dari dulu saya tahu hidup kita akan seindah ini," tulisnya.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang gembira melihat wajah anak sulung pasangan tersebut.
Pada April lalu, Nelydia mengumumkan kehamilan anak sulung mereka bersempena ulang tahun ketujuh perkahwinan. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019.
